Jumaat, 10 Mei 2019

Ayam masak Hawaii ( Hawaian chicken)

                      Ayam masak Hawaii


Bahan-bahan:
1) isi ayam dipotong kiub
2) Nenas dipotong kiub( nisbah 2:1, ayam:nns)
3) capsicum merah dan hijau dipotong kiub.(klu tak ada, guna cili bsr biasa je lah)
4) Bawang putih 4 ulas di ketuk.
5) Butter untuk menumis
6) serbuk lada hitam dan garam secukupnya.

Cara-cara:

1) panaskan butter 1/3 daripada bahagian butter.
2) tumiskan bawang putih
3) masukkan isi ayam tunggu hingga sedikit garing
4)masukkan nenas kemudian capsicum/cili besar
5)masukkan garam dan serbuk lada hitam
6) kacau sebati dan tutup api.


Tempat-tempat menarik di Port Dickson

Port dickson merupakan antara tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Merupakan tempat kegemaran warga KL khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya untuk bercuti panjang atau sekadar short break. Memandangkan percutian merupakan satu keperluan di dalam zaman serba mencabar ini adalah lebih baik kita merancang percutian kita dengan mengenalpasti tempat-tempat yang menarik di sesuatu tempat. Jom kaji port Dickson punya daya tarikan.




a) lawatan alam semulajadi :

1) Pantai Teluk Kemang:



Pantai Teluk Kemang adalah pantai favourite bagi pengunjung sekiranya datang ke port dickson. Pantainya yang landai, ombak yang tidak kuat memudahkan aktiviti pantai dijalankan. Selain daripada aktiviti pantai yang biasa dijalankan, di pantai ini terdapat aktiviti sukan air seperti banana boat ride, buggy ride, parasailing, speedboat dan jetski. Pantai ini biasanya akan dipenuhi pengunjung pada cuti umum atau pada waktu cuti sekolah. Pada hujung minggu biasa adalah antara waktu yang sesuai jika anda hendak mengambil angin dengan aman di  tempat favourite seperti ini.Jadi, rancang percutian anda.

2) Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon).


Pantai ini merupakan antara pantai yang unik kerana di kelilingi bukit-bukau, batu- batuan dan keadaan pantai yang berteluk juga.pendek kata unik, cantik dan lain dari yang lain. Jika anda sudah berada di sini bolehlah melawat rumah api Tanjung tuan. Anda boleh tengok view selat Melaka dari atas sana. Jangan lupa ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Pantai ini biasanya tenang, santai dan tidak sesak. Pantainya landai, cetek. Sekiranya anda datang ketika air sedang surut anda akan berpeluang untuk berjalan berpuluh meter ke arah laut. Di pantai ini terdapat kawasan pejalan kaki, tempat letak kereta, tandas awam dan penginapan untuk kemudahan para pengunjung. Sekiranya pantai yang anda singgah penuh sesak, anda patut datang ke pantai ini sebagai alternatifnya dan anda tidak akan menyesal!

3) Pantai Saujana (pantai batu 4)


Jika anda ingin berjalan-jalan ke pantai yang luas dan lapang, inilah pilihannya. Jarak dari pasir pantai menuju ke laut pantai ini adalah dalam 50m! Aktiviti sukan air juga turut dilakukan di sini seperti jetski, banana boat Dan lain-lain. Kawasan mandi-manda di sini dilengkapi jaring keselamatan sebagai penanda bagi operator yang menjalankan aktiviti bot. Tempat perkhemahan awam, tempat makan yang berdekatan dan kemudahan penginapan yang banyak menyebabkan kawasan ini sentiasa meriah. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan dan peralatan untuk mandi laut serta layang-layang menambahkan lagi kemeriahan di sini. Pasar malam juga turut diadakan dikawasan ini iaitu pada malam Sabtu. Jadi jika anda berada di port Dickson pada malam Sabtu bolehlah jalan-jalan cari makan di sini! Boleh cuba baby crab atau sotong besar goreng tepung sebagai pembuka selera di sini.

4) pantai Tanjung gemok.




Pernah dengar tak pasal pantai Tanjung gemok? Tak? Ok pantai ni terletak di bahagian utara port Dickson. Pantai ni tak selapang pantai-pantai lain. Tapi di sini banyak pokok-pokok rendang. Apalagi bentang tikar bawa bakul makanan dan piknik!!!!! Berhampiran pantai  ini ada pusat pemuliharaan penyu. Tak perlu ke negeri pantai timur lagi untuk melawat  tempat penetasan penyu..semuanya ada kat Port Dickson.


5) pantai cahaya negeri



Pantai cahaya negeri atau ringkasnya pantai cahaya terletak di batu 5 jalan pantai. Landskap pantai ini baru sahaja  siap dibina pada tahun 2014 sebab itulah ianya lebih tersusun dan lebih sistematik. Banyak kemudahan yang boleh di dapati di sini. Terdapat dataran yang luas di sini, parking yang luas dan teratur, serta pondok-pondok rehat turut disediakan.
Waktu malam disini turut meriah. Ada geng main remote control car. Angin malam pun cukup nyaman. Satu lagi, di pantai cahaya ni ada jambatan untuk ke pulau burung. Lebih kepada binaan platform lah. Anda boleh datang bergambar atau berselfie di sini. Amat cantik! Sebab itulah kadang-kadang ada production house buat lokasi ini sebagai lokasi penggambaran dan para raja sehari pula buat outdoor photoshoot kat sini...datang laa...


6) pulau burung port Dickson



Haa...tadi saya sebut pulau burung kan? Jadi ni cerita panjangnya....pulau ni kecil sahaja. Ada hutan paya laut, pokok bakau dan pokok api-api. Betul-betul bersebelahan dengan pantai cahaya negeri. Jalan kaki kira sebelah-menyebelah. Platform kayu yang dibina untuk kita ke pulau burung ni kira-kira 150m. Tempat ni
Port memancing bagi kaki pancing. Apalagi datang mandi laut dan memancing sekali dua dalam satu.

7) pantai purnama




pantai ini terletak di jalan pantai di tanjung tanah merah, meriah dengan aktiviti perkhemahan, berkelah, mandi laut dan bersantai. walaubagaimanapun pada hujung minggu pantai ini kurang sesak dan sesuai untuk mereka yang inginkan suasana yang agak tenang. terdapat banana boat ride di sini. apa yang paling menarik di sini ialah anda boleh menikmati sunset yang indah bersama pasangan anda disini tunggu apalagi??

8) Hutan rekreasi tanjung tuan dan rumah api Tanjung tuan.



Hutan rekreasi tanjung tuan terletak bersebelahan dengan pantai Tanjung biru. Hutan rekreasi ini berbukit dan terdapat sebuah rumah api di atasnya iaitu rumah api Tanjung Tuan atau cape rachado .kalau anda larat boleh lah mendaki naik. Kalau badan fit 10-15 minit dah berjaya sampai kat atas.kalau tak....rumah api ni boleh dilihat dari luar sahaja. Umurnya pun sudah menjangkau ke 100 tahun! Kat atas tu nanti boleh lah anda melihat pemandangan selat Melaka dan port Dickson sekali. Boleh snap Apa yang patut. Kalau nak adventure lagi anda bolehlah terus ke puncak batu putih kira-kira 15-20 minit. Terdapat bahagian pantai yang tersembunyi jika anda rajin meneroka.

9) PD waterfront



PD waterfront merupakan salah satu tempat untuk berlibur di Port Dickson. Di sini anda boleh membeli-belah, makan- makan atau berhibur sesama ahli keluarga.
Kawasan ini mengadap Pulau Arang. Di kunjungi sama ada siang atau malam untuk tujuan bersantai. Jika pada hujung minggu dan cuti sekolah terdapat busker yang akan menghiburkan anda. tempat ini juga merupakan tempat kegemaran pengunjung untuk melihat matahari terbenam.

10) pusat edu-ecotuorism sungai menyala.



Kalau nak lain sikit tempat melawat boleh lah datang ke sini. Dikenali juga sebagai mini taman negara. Anda boleh memandu kereta anda sahaja tanpa perlu cari 4x4. Kat sini ada pokok yang amat besar hinggakan 10 orang dewasa boleh peluk! Besarkan? Di sini anda boleh camping, jungle trekking, melawat kampung orang asli dan lain-lain. Banyak kemudahan disediakan seperti dewan serbaguna, bilik mesyuarat dan lain-lain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah team building, hari keluarga dan kem jati diri.

11) Bukit Batu Putih



Bagi sesiapa gemar aktiviti lasak bolehlah melakukan aktiviti hiking di Bukit Batu Putih. Anda akan dapat menikmati pemandangan indah lautan yang membiru. Kawasan ini juga berhampiran dengan rumah api Tanjung tuan.dari atas bukit ini anda boleh turun ke pantai bersebelahan hutan rekreasi tanjung tuan. Mungkin anda akan jumpa hidden germ di sini!

b) lawatan percuma

1) muzium tentera darat.





Sebelum tiba ke port Dickson tentu anda akan melalui muzium tentera darat terlebih dahulu. Nak tahu lebih lanjut? Muzium ini terbahagi kepada 3 bangunan yang dijadikan sebagai 3 galeri utama. Tempat ini bagus untuk dilawati terutamanya anak-anak yang masih bersekolah supaya mereka menjadi lebih patriotik.kalau tak patriotik pada negara sendiri,pada siapa lagi  ye tak? Di sini akan dipaparkan sejarah lengkap tentera bermula dari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi, terdapat juga galeri British, galeri penubuhan askar melayu, galeri pra kemerdekaan dan galeri tentera darat hari ini, di sini juga terdapat galeri sumbangan tentera darat. Di muzium ini terdapat pameran seperti keretapi,kereta kebal, meriam dan senjata api yang unik. Di muzium ini juga terdapat binaan terowong yang dibina pada zaman PKM dahulu, oleh pengkhianat negara yang mana ianya hanya tinggal sejarah.

2) pusat ikan hiasan


Jika anda penggemar ikan hiasan, tempat ini merupakan tempat yang mesti anda kunjungi. Ataupun anda sedang bawa anak-anak bercuti Tempat ini memang sesuai. Pusat ikan ini di kendalikan oleh JPM. Terdapat 40 jenis ikan hiasan dan 20 jenis batu karang yang di ternak di dalam akuarium.Terdapat kuda laut, ikan Nemo atau clown fish, terumbu karang dan lain-lain lagi.

3) muzium dan Kota Lukut.



Jika anda ada masa, anda juga boleh berkunjung ke muzium ini. Terdapat 4 galeri utama iaitu galeri nassau, galeri teknologi pembuatan tradisional, galeri negeri sembilan beradat dan galeri sejarah keagungan Lukut. Di sini dipamerkan senibina bangunan melayu Bugis, sejarah Lukut dan negeri sembilan. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti ruang solat, tandas, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta. Di sini juga masih terdapat kesan kubu kota lukut. Jadi ambil lah masa anda untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil mempelajari sejarah kota lukut ini yang tidak kurang hebatnya.

C) lawatan berbayar:

1) Rumah terbalik



Lokasi: no.15, Jln.Coral Walk,
              Batu 9, jln. Pantai Teluk Kemang,
              Port Dickson.
Waktu operasi:
              10 pagi-8 malam (setiap hari)
Tiket:
               Dewasa (13 tahun ++) - rm20
               Kanak-kanak (12 tahun ke bwh)
               - rm15.

2) PD ostrich show farm



Lokasi: Lot 1419, Jln.perdana 4,
              Port dickson
Waktu operasi:
              9.30 pagi- 6 petang (setiap hari)
 Tiket: Rm15 dewasa
            Rm10 kanak-kanak

3) Alive 3D arts gallery



Lokasi: no.38-40, jln.DS 2/1, bandar dataran
              Segar Lukut, port Dickson.
Waktu operasi:
              Isnin- Khamis : 10 pg - 10 mlm
              Jumaat- Ahad : 10 pg - 11 MLM.
Tiket: harga dengan MyKad:
           Dewasa: rm20
           Kanak-kanak (12 ke bwh) : Rm15
           Warga emas (60++): Rm15
           OKU : rm15
Bagi yang tiada MyKad : +Rm5 UTK setiap kategori.

4) wild west cowboy indoor theme park



Lokasi: no. 30-40, jln.DS 2/1,
              Bandar dataran segar lukut
              Port dickson.
Waktu operasi:
              11 pagi-11 MLM (isnin- jumaat)
              10 pagi- 11 MLM (Sabtu,Ahad & cuti)
Tiket: Rm5 (1 permainan di taman tema mini.
            Rm15 - 5D motion n adventure
Atau 7D interactive movie.

5) Balai cerap Bukit Kemang/pusat cerapan baitul Hilal.


-pengalaman lihat bulan,planet dan bulan secara langsung.
-teleskop canggih (1.7 juta)
-galeri solar dan ilmu falak

Lokasi: 4506,8, jln pantai, tnjg tanah merah, port Dickson

3-5 petang (solar observatory)
10-12 malam (night sky observatory)
Dibuka pada waktu ini sahaja

Tiket: dewasa: rm25
            Kanak-kanak: rm12

6) Dickson dragon Cruise



1 1/2 jam / 3 jam
-karaoke
-tengok matahari terbenam
-berenang dalam jaring

waktu operasi dan tiket:

weekday dan ahad (6.00-7.30ptg)
rm88 - dewasa
rm55- kanak-kanak ( bwh 13)
aktiviti:-ala-carte menu onboard
               - karaoke
               - jakuzi

Saturday  sunset (5 ptg-8 mlm)
Rm199/dewasa
Rm 149/kanak-kanak(bwh 13)
Aktiviti: -bbq buffet dinner
               - karaoke
               - jakuzi



Rabu, 24 April 2019

Analisis hati: Sakiti hati isteri? Pernah buat?


Salam,
Pernah sakiti hati isteri? No Komen...biasa topik hak mentaati suami dan lain-lain. Kali ni saya nak bincang topik yang jarang diperkatakan dan biasanya diambil mudah oleh seorang insan bergelar suami. Tak semua ya...kenapa tak kisah? Ego? Terasa diri sempurna atau isteri didepan mata sudah tak bermakna lagi...tengah mengandung pun kena cerai...jom baca artikel ini semoga bermanfaat.

Bila suami sakitkan hati isteri dan buatnya menangis, rezeki pun akan berkurang...

Dalam kehidupan berumah tangga, biasalah itu jika terjadinya permasalahan, salah faham, atau perbezaan pendapat. Namun, tahukah anda tentang apa hukumnya jika seorang suami itu membuatkan isterinya menangis?
Hari ini, kami akan mengupas tentang hukum membuat isteri menangis dan dosa suami menyakiti istri.
Kupasan ini bukanlah untuk menyalahkan pihak suami semata-mata, sebaliknya ia bolehlah dijadikan panduan dan renungan dalam kehidupan berumah tangga.
Ini kerana dalam perkahwinan, seorang suami wajib melindungi, menjaga, dan menafkahi isterinya. Justeru apabila suami membuatkan isteri menangis, dia sudah melakukan dosa suami menyakiti istri.

Apa itu dosa suami menyakiti isteri?

Mungkin tanpa suami itu sendiri sedar, ramai yang telah menyakiti hati isteri dan membuatkan isteri itu menangis.
Cuma ada suami yang memang betul-betul tak nampak atau “buat-buat” tak nampak. Tapi adakah ia dikira sebagai dosa suami menyakiti istri?
Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi
“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu.
Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”
Surah ini menjelaskan bagaimana para suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.
Sebuah lagi hadis riwayat Maisarah bin Ali, dari Ar Rafi’, dari Abu Sa’id Al Khudzri ada menyebut
“Barangsiapa yang membiarkan hati isterinya terluka, maka dia menangis seolah-olah menangis takut kepada Allah, dan barangsiapa yang menangis takut kepada Allah SWT, maka Allah akan mengharamkan tubuhnya masuk neraka.
Jika suami isteri saling memperhatikan, maka Allah SWT akan memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Saat suami memegang tapak tangan isteri, maka gugurlah dosa suami isteri itu dari jari-jari mereka.”
Hal ini bermaksud dosa suami menyakiti istri dan hukum membuat isteri menangis ialah haram.
Jadi sebagai suami, apabila berbuat sesuatu, jauhilah tangisan dari isteri. Kerana tangisannya itu akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan akan menyebabkan dosa suami menyakiti istri.
Dosa suami menyakiti istri – rezeki akan berkurangan…
Hal ini dibuktikan sendiri dengan pelbagai fenomena dan kejadian yang melibatkan cabaran pasangan suami isteri dalam berumah tangga.

Seorang suami yang bernama Nazim sempat berkongsi bagaimana dosa suami menyakiti istri ini mampu mengurangkan rezekinya. Semuanya kerana suami sengaja membuatkan isterinya menangis.
Ikuti luahan Nazim berikut:
*****
 Semalam aku jumpa seorang kontraktor yang jujur dan rajin. Aku terkesima mendengar ceritanya.
Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Kejujuran yang bagaimana? Beliau mengatakan betapa penting kejujuran pada keluarga dan kerja yang menghalalkan rezekinya.
Kejujuran pada keluarga dengan menjaga isteri atau ibu bapa kita dengan jujur. Percayalah Allah itu adalah segala-galanya.
Beliau juga tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada Allah dan isterinya. Kata beliau, semuanya dari Allah, asalkan kita jujur dan melakukan yang terbaik.
Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah lekang bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Kata beliau, semua ini berkat doa isterinya juga.

Setiap kali selepas solat, isterinya itu tidak pernah berhenti mendoakan ibu bapa, ibu bapa mertua dan suaminya. Oleh sebab Allah sayang pada isterinya, dia mengurniakan rezeki pada mereka, pada anak-anak.
Sebab itu beliau sentiasa menjaga hati isteri. Beliau jujur dengannya. Beliau berkhidmat pada keluarga mertua.
Satu ayat yang paling aku tak boleh lupa ialah
“Siapa yang sakitkan hati isteri memang Allah tak bagi hidup yang berkat. Tak berjaya. Wanita ini amanah dan anugerah Allah. Mereka siang malam berjaga dan berkorban untuk keluarga. Jagalah Bidadari ini.
Hal ini buat aku terfikir, ramai orang ingat duit hanya boleh datang jika kita bekerja siang dan malam. Rezeki mungkin lebih melimpah ruah jika kita pandai, cantik dan glamor.
Tapi kita lupa erti bersyukur. Kita lupa ada orang yang memiliki semuanya pun tidak cukup bahagia.
Kita lupa nak menghargai isteri. Kita lupa nak pandang anak kita. Kita lupa nak menghormati ibu bapa.
Hakikatnya semua dari Allah. Jika kita berbuat baik pada ibu, ayah dan isteri kita, nescaya kita akan dikasihi dan disayangi
Allah.

Kredit untuk: my.theasianparent.com

Rabu, 17 April 2019

Disclaimer

Disclaimer:

Semua gambar di dalam blog ini mempunyai hakcipta masing-masing. Sebarang komen yang dibuat oleh orang awam tidak mewakili blog ini dan di bawah tanggungjawab masing-masing.Terima kasih.

Hubungi kami:

Hubungi kami:




E-mail: zuccaresources@yahoo.com




Selasa, 16 April 2019

Resepi makan tengahari mode cuti 2

Macaroni cream soup

Bahan-bahan:

1) 1 paket makaroni (rebus dengan 2sdb minyak masak dan garam)
Kemudian toskan.
2) Buat mushroom soup macam resepi masakan makan pagi mode cuti 1.

Cara-cara:

Campurkan makaroni ke dalam mushroom soup tadi dan hidangkan.

Resepi makan tengahari mode cuti 1

Speghati medina


Bahan-bahan:

1 paket speghati (rebus dengan 2 Sdb  minyak masak dan 1 sdb garam) toskan

4 ulas bawang putih di ketuk
3 sdb butter untuk menggoreng
Daging lembu didadu secukupnya
Satu tin besar tomato puree
1 sdt serbuk lada hitam
Sedikit Oregano ( tak wajib)
Gula dan garam secukupnya

Cara-cara:

1) panaskan butter n tumis bawang putih yang diketuk tadi ( boleh di keluarkan selepas garing).
2) masukkan daging kiub tadi kacau
3) masukkan satu tin tomato puree Dan kemudian sukat 2 tin lagi air kosong menggunakan tin tomato puree tadi.
4) Masukkan Oregano, black pepper, garam n gula secukupnya.
5) masak hingga kuah pekat.
6) sedia untuk dihidangkan.